Tuesday, October 8, 2013

BERUSAHA TANGGA KEJAYAAN...BETUL KE???

Assalam....1 hari lagi hari yang sibuk sebenarnya...tapi buat-buat macam tak sibuk...dah penat nak kejar masa...lagi dikejar,lagi jauh ditinggalkan.Sama macam keja aku skrang...lagi aku berusaha nak settlekan,lagi banyak yang masuk...macam air paip.Walau pun berusaha untuk tak mengeluh...tapi rasa dah tak berdaya...sebenarnya bukan nak mengeluh,hanya melepaskan rasa bebanan didada...bila boleh 'HAAAAHHHHH'..rasa lega sikit.Kakitangan untuk satu department hanya 2 orang...tapi bila dah sorang tu asyik melayan perasaan ja...tertekan jugak la yang lagi sorang ni.Hampir kesemua keja tertumpu pada yang sorang ni...penat siottt...Sabar je la,nak ditegur lagi senior.

Dan sekarang juga aku masih berusaha untuk dapatkan 'sesuatu' yang boleh menyenangkan hati mak aku.Beberapa kali jugak la aku mencuba,tapi masih gagal...aku tahu x semestinya hanya dengan sekali,dua mencuba dah dapat apa yang kita dapat...dan berbekal dengan tu jugak la,aku terus menggiatkan usaha untuk mendapatkan 'sesuatu' tu...dan Alhamdulillah,mak aku seorang yang setia diantara orang yang aku kenal dalam hidup aku dalam memberikan kata-kata semangat dan peransang untuk aku terus berusaha..dan mak aku jugak la yang menjadi orang kuat,tulang belakang,pendorong seorang idol dan segala-galanya lah untuk seorang yang bernama AKU.Semua ibu di dunia ni jugak aku pasti sama macam mak aku...menjadi 'SOMEBODY' yang special dalam hidup seorang 'ANAK'.Dan cuma satu ja aku harap dan doakan..semoga aku sempat memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidup seorang 'IBU' yang dah banyak bersusah payah untuk aku anaknya.Mudah-mudahan...aminnnn.

" TELAH KU FIKIR SEDALAMNYA...UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN...HARUS AKU BERTERUS TERANG...JUJUR DALAM PERBUATAN..."

Thursday, October 3, 2013

HARI NI DALAM SEJARAH....SSM

Assalam...hari ni hari yang aku hampir-hampir menitis air mata...dah bertakung di pelupuk mata...mujur dapat tahan...kalau tak memang dah malu dengan pegawai di ssm tu.Sedih sebab kecuaian aku hampir-hampir menyebabkan aku kepokaian untuk sepanjang bulan ni.Mungkin puan pegawai tu pun perasan,tapi apakan daya dia...kuasa penentuan tindakan bukan di tangan dia.Dup dap dup dap aku kat depan puan tu tadi...aku tau dia pun kesian kan aku...bila aku kena bayar sampai RM600(sebelum ni dia kata kena bayar untuk RM360 ja,kalau banyak tu memang aku dah meminjam merata dah...)Alhamdulillah...Tuhan mendengar kerisauan aku...lepas di confirmkan semula...aku kena bayar jumlah Rm360 ja...aku ditakdir aku memang kena bayar RM600 tu memang aku kena balik peluk kaki tok aku la minta pinjam duit...waktu tu aku rasa putus asa kejap...bila kesalahan,kesilapan dan kecuaian asyik membayangi aku...aku tahu manada keja yang senang...tapi walaupun keja ni mudah bagi orang lain...tak tau la kenapa susah sangat untuk aku...aku memang fail kalau nak kena deal dengan pihak-pihak badan berkanun ni.Rasa macam ada red sign ja aku dengan diorang ni.

( sambil-sambil menaip aku layan lagu...rasa macam semacam ja bila moood tengah sedih-sedih ni...rasa macam nak nangis untuk 1@2 jam ja...)

Mungkin jugak betul kata tok aku yang aku kena mandi bunga...walaupun mula-mula aku dengar tok aku kata macam tu,first reaction aku adalah ketawa berdekah-dekah..entahla...aku rasa macam mengarut ja...tapi bila ramai yang menyarankan untuk aku dan aku sendiri pun dah rasa tak tahan dah dengan aku sendiri...rasanya aku patut cuba...tak salahkan kalau mencuba kan???Hahhhh...agak-agaknya ada kesalahan ataupun dosa yang aku dah lakukan dulu yang aku belum taubat agaknya sampai sekarang aku terima kesannya dalam kehidupan seharian aku...Agak-agaknya mesti bakal suami aku nanti pun akan berkongsi segala masalah yang ada pada aku kan???kesiannnyaaa...aku tak mau la susahkan orang-orang sekeliling aku...dah cukup rasa bersalah aku dengan orang yang aku dah pernah susahkan hidup.Harap-harap jangan sampai memusnahkan masa depan diorang dah la...tak sanggup aku nak menghadapi orang yang berdendam dengan aku...TAK MAUUUU...!!!! Ya Allah...apa patut aku buat...aku dah tak nak hidup dengan rasa bersalah yang tak sudah-sudah...

Monday, September 30, 2013

GMBIRA,SUKA-SUKI,HAPPENING...

Hhahhahah...itu yang aku buat bila aku sampai di ofis pagi tadi...walaupun tu perkara yang biasa pada orang lain...tapi something yang jarang aku buat bila sampai di pejabat.Tak tahu kenapa,mungkin mood aku ok kot hari ni...walaupun aku seorang hari ni.Aku tak tahu apa yang menjadi kan aku seorang yang seperti di atas tu hari ni...lain-lain jadi macam biasa...sampai la sekarang dah nak habis offices hour aku masih tak dapat cari punca semua kejadian ni berlaku(ceeewwwaaahhh...lain macam je ayat ni,seram pulak..hehhee...).Dan orang-orang keliling aku pun tumpang layan je dengan kegembiraan aku ni...mungkin sebab bos baik kot hari ni...siap boleh melawak dengan staff lagi...agak makhluk asing di situ...(sory boss...)


1 Tujuan...1 Kehidupan(2)

Hampir 6 bulan aku tak taip apa-apa di blog ni...bukan x ingat nak menulis cuma perluka masa yang agak padat untuk menaip...sebab bila dah jari mula menari-nari atas keyboard ni..dah payah nak "STOP".Kena cari masa yang sesuai...walaupun sekarang bertambah sibuk dan tanggungjawab yang semakin besar,selit kan jugak la...mungkin orang lain ,lain caranya dalam diorang uruskan rasa tekanan dalam kehidupan seharian diorang...tapi bagi aku,ni je la caranya...menulis dan menaip...bukanlah menulis seperti seorang novelis,sekadar menulis untuk meluah rasa dan melepaskan rasa yang terbuku di hati.

Dalam tempoh ni juga,seriously banyak benda yang dah jadi...dari perkara sedih hinggalah ke benda yang best(walau pun x ada la best sangat pun,tapi terima seadanya) dari pengharapan kepada pengecewaan,daripada kegembiraan kepada kesedihan...semua tu yang terjadi...terima sebagai qada' dan qadar dari yang Esa.Mungkin bagi orang lain segalanya agak mudah untuk membuat apa-apa atau pun menginginkan apa-apa...tapi memang susah untuk aku...kadang-kadang jugak aku rasa mungkin ini semua ada hikmah yang terbaik menanti..tapi dalam rasa yang sama jugak ada terdetik...adakah ini semua sebab aku ni bernasib malang...sebab selalu je apa yang aku inginkan (walaupun bukan untuk kepentingan aku seorang)selalu gagal.Aku cuma berharap,berdoa dan berusaha je sekarang ni supaya urusan aku dipermudahkan...aku kesiankan mak aku je...aku tahu sebagai anak yang sulung dalam keluarga yang sederhana...aku menjadi "tunjang" pada mak dan adik-adik aku.Tapi bila aku sendiri pun tak berkemampuan...aku rasa down sangat...aku rasa dah tak tahu nak buat apa untuk merubah nasib aku...aku cuma pohon mak aku sentiasa mendoakan untuk aku...berkatnya doa seorang ibu untuk anaknya...

                                                                                                                                             

Sunday, September 29, 2013

1 TUJUAN....1 KEHIDUPAN

Assalamualaikum...

Dah lama tak coret-coret kat ruangan blog ni...hampir 6 bulan lamanya ditinggalkan...banyak benda yang happen sepanjang tempoh ni...x sempat nk update apa-apa tentang life...hari ni baru ada kesempatan nak tari kan jari jemari disini.Ini pun hanya untuk beberapa ketika je,cause ada tanggungjawab lain yang menanti...hanya mencuri sedikit masa untuk 'menghidupkan' kembali ruangan yang ada curahan dan tenyehan sedikit sebanyak perkara-perkara yang terjun ke dalam ruang hidup hamba Allah ni...In Sha Allah...nanti saya akan up date lagi...TIME TO GET READY...

Saturday, March 9, 2013

Gedikssss...Ahahhhakkkkksss.

10 Mac 2013 ( Ahad )...
9.15 pagi...

Assalam...Ya allah,terima kasih pada-MU kerana temukan aku dengan si dia pada pagi ini ya Allah...

Besar kesannya hambanya - MU ini dengan pertemuan ini...

Hilang segala rindu yang bersarang di hati aku...

Walaupun dia singgah sekejap ja...tapi dah memadai untuk aku dapat tengok muka dia.Dia dah semakin kurus skrang.

Tapi still hensem...ini ke yang dikatakan L.O.V.E???K.A.S.I.H atau S.A.Y.A.N.G??? Dan yang paling aku best...dia cakap dengan aku...yalah kan...slalunya kalau dia mai dia akan cakap dengan kakak2 senior ja...tapi kebetulannya hari ni dua2 tak ada...jadi terpaksa la dia buka mulut tanya aku pasal ketidak hadiran 2 kakak kat ofis aku ni...AKU SUKAAAAA DIA SANGAT2......:)))))









Friday, February 1, 2013

2 Februari 2013...

Hari ni la tu...hehehe...sebenarnya btak ada apa pun yang aku nak update kat blog aku harini...cuma nak isikan masa yang terlebih lapang aku nie jaaaa..dah tak tau nak buat apa...novel pun aku baru je habis baca semalam..jap g ingat nak kuar cari yang baru la...ok...stopp...melalut sungguh aku ni...
Esok aku dah mula keja balik...walaupun bos masih lagi dalam mood bercuti@Medan,Indonesia dengan family dia...tapi bila teringatkan klient yang tak faham istilah cuti buat aku rasa nak minta cuti tambahan ja...Boleh tak boss??
Sunyi ja kawasan perumahan elit ni kan???kalau jadi apa-apa musibah agak-agak akan ada tak orang yang akan perasan@tahu...???tenang memang tenang...tapi takkan lah nak tenang je  kan tanpa ada keriuhan dalam hidup...kalau aku hanya mahukan ketenangan bila aku ada problem ataupun perlukan aku guna akal fikiran aku dengan lebih pesat...suasana yang tenang la yang akan aku cari...kalau kat rumah aku,dalam bilik aku yang paling aku rasa tenang...nak p kat tempat yang cantik2 yang macam orang-orang kaya selalu buat tu(ke overseas la kan)aku  tak mampu...nak ke tempat yang dalam Malaysia ni pun kena fikir 18 kali kalau teringin nak p pun...jadi terpaksa  la aku buat suasana dalam bilik aku tu rasa tenang...

Ooo...Macam Tu Ke...?!!!

Assalamualaikum pembaca blog semua....berdasarkan tajuk yang kat atas tu sebenarnya dikeluarkan oleh aku beberapa jam yang lepas...selepas resepi kari ayam aku yang tak berapa nak menjadi pada mulanya....hehehe...tapi alhamdulillah sempat diselamatkan oleh my grandma...katanya resepi dia tak ada sapa yang boleh buat ikut suka...bukanlah aku sengaja nak buat macam tu...tapi disebabkan sebelum ni aku dah buat cara yang sama (kat tempat,masa,dan orang yang lain daripada hari ni)jadi aku huatkanlah semula cara yang sama yang pernah aku buat.Tanpa memikirkan yang kemungkinan yang aku akan buat salah...dengan selamba badak sumbunya aku meneruskanlah niat suci murni aku tu...lagi pula bila lagi la nak tunjuk skill masakan aku kat tok kesayangan aku ni...Iyalah,aku ni jarang-jarang boleh datang kat rumah pakngah aku ni...kena tunggu diorang tak ada baru aku boleh datang tanpa rasa segan+kekok+malu=dan seangkatan dengan dia la...langkah pertama aku masak ok lagi....lepas salut ayam dengan serbuk kari+bawang mesin+kerisik dan mula nak menumis...still dapat diterima...lepas je masuk ayam and aku tambah air...OUT terus...my tok dengan muka yang macam tak berapa nak jadi dia terus di mandremnya aku cucu kesayangannya ni dengan ayat-ayat yang boleh membersihkan keadaan dalam telinga aku ni...Huhhh...sekali kena bebel maut tok Sham laaaa...kata my tok...lepas masuk ayam kena biarkan ayam tu pecah minyak dulu sebelum masuk air....kalau tak....kalau tak...kalau tak apa arhhh tok kata tadi...???terlupa pulak aku...punya terkejut kerana jeritan tok yang macam jumpa alien kat planet zurith....tak apa nanti aku tanya lain apa sebabnya kena tunggu sampai pecah minyak dulu...Lepas tu aku kena sejat balik ayam-ayam tu dan biarkan kuah yang aku masuk tadi sampai kering before masukkan balik ayam-ayam kesayangan aku tu...adoiii malu gak la bila kena sound ngan tok macam tu...apa taknya dah la ada kawan-kawan adik aku yang datang dari semalam dan tido kat sini...rasa macam nak sembunyi muka dalam seluar ja kalau boleh...sampai tak sanggup aku nak tengok reaction lepa masa tu...dibuatnya aku nampak lepa gelakkan aku  macam mana???ataupun di sok sek belakang aku...tak ke masuk longkang aku...Huhhh....Hampir sejam berperang dengan "bala tetntera" dari daerah dapur....akhirnya kejayaan juga dalam genggaman aku...HAHAHAH...sempat aku siapkan kari ayam yang hampair tak jadi tu dengan sedikit sayur  campur,ikan siakap goreng,sambal belacan and sup ketam...dan hanya tunggu masa untuk lunch...kalau ada yang baca ni jangan pulak ingat yang aku tak pernah masak sebelum ni...cuma selalunya kalau aku yang masak,tak ada sapa-sapa pun kat dapur...hanya aku dan "bala-bal tentera dapur ja...tapi bila dah ada yang orang yang sebenarnya kat tepi dan asyik tengok aku masak...itu yang jadi macam tu...jadi tak boleh nak fokus bila ada orang yang nak beramah mesra dengan aku kat dapur...sampai lupa step-step yang sepatutnya bila masak...Apa arhhh...buat malu jeee...mujur cuma budak-budak jaaa yang nampak dan dengar...kalau dibuatnya bakal suami@bakal mentua macam mana...terus kena reject la jawabnya...kan malang nasib badan kalau jadi macam tu...:)

Sunday, January 27, 2013

Berdosanya Sebagai Anak....!!!

Bukan niat dihati untuk melukakan,mengguris ataupun membuat insan yang berharga dalam hidup setiap orang yang bergelar anak untuk menitiskan airmata insan penting ini...juga tidak disedari pun yang segala tingkah laku seorang anak selama ini membuatkan hati ibu terasa...tapi mungkin disebabkan faktor umur yang masih muda dan sifat nakal dan sedikit kedegilan yang masih meraja didalam diri,menjadikan kami sebagai anak-anak telah melukakan,mengguris dan segala rasa yang tidak elok wujud dalam diri si ibu...Pernah si ibu bertanya adakah kami sebagai anaknya menyayangi dan mengasihani di selaku ibu...?apa agaknya rasa bila seorang ibu yang banyak berkorban untuk anak-anaknya tanya soalan macam tu...?bila orang asing yang tanya..."sayang mak x...?",dan tanpa berfikir panjang mestilah kita akan jawab..."mestilah sayangggg...!"Betoiii ke...???adakah masa kita jawab soalan tu berdasarkan rasa hati ataupun spontan tanpa ada apa-apa rasa...???tapi bila mak kita sendiri yang tanya soalan tu kat anak-anak dia...semuanya diam seribu bahasa,kelu lidah untuk menjawab soalan yang simple macam tu...pasai apa bila dengan orang lain kita mampu menjawab dengan sesaat...tapi bila orang yang kita kata sayang tu sendiri yang bertanya...kita tak mampu nak menjawab...malu ke...?ataupun memang tak wujud pun 'rasa' tu dalam hati seorang anak???Adakah itu yang sedang berlaku dalam diri anak-anak mak tersebut...???Tapi pasai apa setelah apa yang si ibu korbankan untuk membesarkan anak-anak yang datang dari rahim dan darah daging dia sendiri...seolah-olah 'rasa' tu sangat sedkit dan seakan-akan semakin berkurang...seperti anak-anak tak mampu untuk merasi segala pengorbanan si ibu...
Adakah disebabkan kurangya didikan agama...?ataupun kekurangan perhatian ataupun terlebih kemanjaan???Mungkin faktor agama yang utama...walaupun si ibu bersolat dan mengaji...tapi seorang ayah sebagai ketua keluarga tidak pernah ataupun jarang-jarang bersujud pada Sang Pencipta...mungkin ini akan menyebabkan mengapa anak-anak seolah-olah telah lupus atau berkurang 'rasa' yang positif didalam diri anak-anak...bayangkanlah jika anak-anak yang masih bersekolah pun si ibu dah bertanyakan soalan sebegini...bagaimana nasib si ibu nanti bila semua anak-anak dah besar dan mampu berdikari....adakah anak-anak ini akan menoleh ke belakang untuk melihat macam mana keadaan si ibu dan ayah...ataupun hanya akan terus ke depan tanpa mempedulikan nasib kedua-duanya...Hancur lebur hati si ibu dan ayah sudah pasti untuk anak seperti tu...Masyallah...minta la masih wujud dan akan sentiasa wujud serta akan makin berkembang mekar dan harum 'rasa' tu dalam hati dan jiwa seorang anak untuk mak dia...
Si ibu merintih disebabkan perangai anak-anak yang banyak menyusahan dan membebankan dia selama ni...Bukan tidak menerima qada' Tuhan...tapi sikap dan kelakuan si anak yang berat tulang untuk membantu,tidak mengambil berat dengan keadaan si ibu dan tidak mempedulikan apa yang ibu ni rasa...mungkin inilah si ibu meratapi kerana mempunyai anak-anak sebegini...Dan cuba bayangkan kita sebagi seorang anak apa yang akan kita rasa kalau mak kita merintih macam ni...???untuk aku sendiri pun,aku dah rasa betapa tak bergunanya aku sebagai seorang anak...sehinggakan mak aku mengeluarkan ayat sebegini..."aku reda kalau Tuhan ambik aku semula...aku dah tak larat nak menyimpan rasa untuk anak-anak yang tak pernah nak kesian kan dan sayangkan aku..."Ya Allah...Takkk...seriously aku cakap...aku memang sayangkan mak aku...walaupun aku jarang menunjukkan kat mak...setiap bulan sebelum tidor aku akan menangis sebab mak aku...apa akan jadi kalau tanpa mak disisiku...bukan aku membayangkan mak aku meninggal...cuma aku takut kalau mak meninggalkan aku...aku cuma mampu berdoa supaya mak aku sentiasa dipanjangkan umur,dimurahkan rezki mak,dirahmati,dilindungi dan segala kebaikkan untuk mak aku...Walau apa pun yang mak aku rasa untuk anak-anak dia ni...aku mohon supaya kami diberikan peluang untuk mengubah sikap dan perangai kami yang banyak membebankan mak...dimohon juga untuk mak tak jemu dan berterusan untuk mendoakan segala kebaikkan untuk kami anak-anak dia dan mampu menjadi anak-anak yang menyejukkan perut dan hati mak...kerana doa dan kata-kata seorang ibu adalah yang terbaik dalam kehidupan seorang anak...

"Ya Allah...Engkau yang melihatnya(mengetahui keadaan ibuku)...jika Engkau melihat ibuku dalam kedaan berdosa...maka Engkau ampunlah dosa-dosanya...jika Engkau melihatnya dalam keadaan bersedih...maka gembirakanlah hatinya...jika Engkau melihatnya dalam keadaan gembira maka sempurnakanlah kegembiraannya...jika dia sakit,maka sembuhkanlah dia dari penyakit...jika dia gelisah bimbang,maka jauhkanlah kegelisahan dan kebimbangan dan jika dia letih,maka sampaikanlah kepadanya tentang berita gembira berkenaan ganjaran besar yang akan diperolehinya nanti...Aminnn Ya Rabbal'alamin...."

Friday, January 25, 2013

SEHARI LAGI....DAN LAGI!!!!

Hari ni sehari lagi aku berlalu...dah hampir sebulan aku menanti....yang penting jugak la untuk aku n family aku...tapi sampai sekarang aku punaku tak dapat lagi apa-apa news...owhhh....sedihnya...kadang-kadang aku rasa nak redha je dengan apa-apa keputusan yang akan aku terima...tapi bila teringatkan tentang harapan mak yang selalu ja ada untuk aku(semua mak pun macam tu jugak kan...?)Kadang-kadang bila aku terlalu mengharap...pada satu saat aku akan tersedar yang tak semua yang kita ingin dan impikan akan menjadi satu KENYATAAN YANG MANIS...manis yang kita harapkan...pahit dan kesakitan yang datang...aku pernah terbaca dalam satu artikel ni yang ada menyatakan tentang anugerah Allah kepada hamba-NYA...menurut artikel tu,Tuhan tak akan memberikan sesuatu perkara kepada hamba-Nya melainkan hanya untuk kebaikkan hamba tersebut...malah,jika kita dapat sesuatu yang tidak kita impikan...maka DIA telah tetapkan itulah yang terbaik untuk kita...dan jika tidak mendapat apa yang kita inginkan...ingatlah bahawa DIA telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita daripada apa yang kita harapkan...dengan itu kita akan lebih tenang untuk menerima apa jua ketentuan yang dah ditetapkan untuk kita...terima lah semua sebagai qada' dan qadar yang telah ditulis dalam takdir kita...berbekal kata-kata tu lah sedikit sebanyak aku akan menerima apa jua yang telah tertulis untuk aku...
Hmmm...dalam menantikan...aku juga ternanti-nanti seseorang yang lama dah aku tak jumpa...setiap hari aku teringatkan dia...1@2 hari yang lepas aku dapat berita yang dia akan datang ke tempat aku...tapi tak datang seperti yang diperkatakan...kedatangan dia bertujuan...jadi dia pasti akan datang jugak...samada ada dalam minggu ni la...seriously aku cakap...bila dapat tahu ja yang dia nak datang...hati aku yang sebelum ni kgersangan sebab asyik teringat dan rindukan dia...tiba-tiba dah nak berputik bunga...bestnya....walaupun dia datang bukan sebab nak jumpa aku...tapi...aku hepi sangat...dengar nama dia pun aku dah mampu tersenyum... apa jua yang ada kena mengena dengan dia pasti aku usha...macam keta dia...aku mampu ingat nombor plat keta kancil dia...dan setiap kali aku terjumpa dijalan aku akan tengok dahulu nombor plat dia sama ataupun tidak...setiap kancil biru laut yang aku nampak...aku akan tersengih ja...seolah-olah aku nampak dia didalam keta tu...aku tak tau kenapa aku boleh jadi macam ni sebab dia...kalau boleh satu hari nanti akan ada orang yang akan bagi jawapan untuk aku...bagi orang lain...dia tak sehensem mana pun....perangai pun terkoyak...tapi aku suka dia...ada something yang aku nampak pada dia yang membuatkan aku selalu teringat kat dia...mungkin sebab dia seorang yang...apa erkkk...hmmm...aku tak tahu la...tapi perasaan suka ni memang aku tak mampu nak kikis...Kalaulah aku berperasaan macam ni pada jodoh yang telah ditentukan untukku di Lohmahfuz lagi...alangkah indahnya kan?perasaan yang dikurniakan kepada setiap hamba-NYA...Mudah-mudahan aku termasuk didalam golongan orang yang mendapat anugerah indah ini daripada Tuhanku...


 


"SEMOGA ENGKAUKAN MENGERTI...TENTANG PERASAAN INI...MAAF KU TELAH TERBUAI...AKAN INDAHNYA CINTA...."