Thursday, January 30, 2014

ANNOUNCEMENTS...!!!

Announcement,announcement...hehhee...tak pernah lg seumur hidup nak buat pengumuman ni...first time la kiranya ni...Ok...apakah itu???...saya nak bagitahu la kan kalau ada sesiapa yang ada intai-intai di blog saya ni...saya ada buat bisnes berkaitan dengan pengendalian makanan atau lebih tepat lagi menganjurkan kursus untuk pengendali-pengendali makanan di sekitar Kedah dan Perlis.Tapi bukan sayalah yang akan memberi ceramah berkenaan hal-hal pengendalian makanan,akan ada seorang pelatih yang dilantik oleh Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengendalikan kursus makanan tersebut...Ada yang tahu tak apa itu Latihan Pengendalian Makanan ni...kalau ada yang tahu ok lah...bagi yang tak tahu apa itu LPM ni...saya akan konsikan lah serba sedikit di sini... LPM ni dah wujud dah lama dah jugak...tapi akan dikuatkuasakan bermula pada tahun ini...sesiapa yang mengendalikan makanan tanpa ada sijil LPM yang diiktiraf akan dikenakan denda RM10000...LPM adalah untuk semua yang terlibat dalam sektor makanan samada - kilang-kilang pemprosesan makanan, - restoran, - perkhidmatan katering, - gerai-gerai makan, - medan selera,dan sesiapa sajalah yang kerja harian dia melibatkan dengan makanan dan minuman...diwajibkan untuk menghadiri LPM. - Kos untuk LPM ni adalah RM50 untuk satu orang...untuk 3 jam sahaja tempoh kursus ini diadakan... Bagi LPM yang saya uruskan sekarang,setelah habis kursus akan terus dapat sijil...Jadi untuk pengendali-pengendali makanan yang di luar sana...cepat-cepatlah hadir kursus LPM untuk kemudahan anda semua juga nanti supaya tak ada masalah jika JKN datang buat lawatan mengejut di premis-premis makanan anda... Satu lagi,saya juga bekerja dengan sebuah Consultant yang mana ia memberikan perkhidmatan kepada orang ramai untuk memulakan perniagaan Enterprise ataupun Sdn.Bhd...untuk syarikat Sdn.Bhd...kami akan menguruskan semuanya bermula dari - carian nama yang hendak digunakan untuk perniagaan, - penyediaan dokumen untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ),dan - penyediaan borang-borang pertama syarikat setelah mendapat sijil pertubuhan syarikat. Harga boleh dirunding bagi yang berminat. Selain daripada itu juga,kami turut menyediakan khidmat untuk memohon - CIDB, - PKK, - Sijik Kewangan, - Sijil HALAL, - pengiraan incometax, - penyediaan akaun sayarikat samada untuk enterprise ataupun Sdn.Bhd, - audit daripada juruaudit yang bertauliah, - penyediaan kertas kerja untuk pinjaman samada dengan bank,MARA,Tekun,PUNB ataupun SME bank. - Untuk memohon lesen borong beras - Pekhidmatan untuk menubuhkan Persatuan@pertubuhan dan badan Kebajikan. Kami juga seorang Setiausaha syarikat untuk menguruskan anak-anak syarikat yang telah menggunakan perkhidmatan kami untuk menubuhkan syarikat/perniagaan mereka. Jika ada yang berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut,bolehlah mmeberi feedback di blog saya ni ataupun menghubungi saya di talian 0142400915...hanya untuk yang berminat sahaja... Sekian pengumuman,terima kasih.

Sunday, January 26, 2014

Konfius @ Celaru....???

Hari ni...rasa macam kosong sikit...tak tahu la apasal...mungkin sebab mengantuk ataupun letih...tapi letih sebab apa ekkk...???jadi lebih possible mengantuk la sekarang rasa yang melanda diri...stay up gara-gara novel yang dah hampir sebulan dibeli tapi x baca2 lagi...masa nak mula baca tu memang malas sangat...tapi bila dah mula baca,memang kena habiskan masa tu jugak...walaupun mata macam dah rasa macam kena hempap anak gajah...walaupun untuk orang lain,stay up smpai pukul 2-3 pagi mungkin tak ada masalah untuk orang yang jenis 'burung hantu'...tapi aku yang memang yang tak tahan untuk berjaga sampai lewat pagi,memang rasa macam aku sorang je la kt 'sini'...macam ayah aku jugak...jenis 'tak tahan' mata.Sampai ayah cakap boleh mati kalau selalu stay up sampai pagi...mula-mula dengar ayat tu memang pecah perut aku dengan mak gelak...tapi bila dah alaminya sendiri...baru tau langit tu tinggi ke rendah...rasanya macam dah orang dadah tengah lalok pulak bila dah sampai petang ni.Adoiiihhh...ada lagi 40 minit before aku blik keja...takut pulak dok layan rasa ni nanti bawa motor balik takut tak sampi rumah pulak...entah sampai mana-mana dah....

Keadaan dalam ofis aku hari ni macam selalu jugak...riuhhhh sangattt...padahal bukan ramai pun...tapi ada 2 orang senior kat sini yang havoc sepanjang masa..membuatkan rasa macam ada pertandingan bercerita dengan gaya dan aksi pulak...ALL IN ONE...dan aku tersorok kt station aku melayan rasa mengantuk dan kosong...meriah macam mana pun memang dah tak boleh masuk dah rasanya...Rasanya kena minta petua la kt orang-orang yang dah kebal dengan rasa mengantuk ni walaupun tak tidur siang harinya disebabkan komitmen keja...adik aku pun suka berjaga sampai lewat malam jugak,tapi lepas time yang dia dah set...dia akan tidur sampai ke petang hari...ok la sebab dia tak keja lg...aku pulak pagi-pagi tadi dah kena pula menjaga tempat kursus yang pejabat aku kendalikan...Ya Rabbi...itu la yang mencetuskan rasa yang semakin membeli jiwa dan rasa aku sekarang ni...

Anyway...apa-apa pun aku syukur,Alhamdulillah sebab masih diberikan rasa yang satu ni...dan lain-lain rasa yang telah di anugerahkan untuk setiap makhluk-NYA...sekurang-kurang ia masih membuktikan yang aku masih berjiwa dan berperasaan,kan?Dan aku akan sentiasa mengharapkan agar lebih banyak 'rasa' yang akan aku rasa untuk sepanjang hidup seorang yang bernama ..........aka SHAZIZME....hehhehe(mana boleh publish nama...nanti kantoi pulak kan...) 





















Wednesday, January 15, 2014

HANYA SECEBIS PANDANGAN DAN RASA HATI

Hari ni bila saya buka je laman mukabuku...ada 2 topik hangat yang di"sok sek" kat wall mukabuku ni...Pertama pasal hal kangkung...(hahhaha....lawak pulak...)hal apa saya tak tahu...dah beberapa hari tak melayan...jadi tak tahu la...tiba-tiba saja KANGKUNG menjadi hot issue...ok tak pa...dah saya tak tahu...jadi let it gone...Keduanya saya tahu...sebab saya salah seorang yang mania dengan ni...nak tahu apa???Kisahnya bila ada satu post ni yang mengaitkan berlakunya kehamilan tanpa bapa gara-gara terpengaruh dengan cerita2 yang panas dan nakal yang terdapat dalam novel...mula-mula membaca pasal artikel ni rasa lucu pun ada gak...bukan ke kes-kes yang macam ni berlaku sebab faktor attitude seseorang tu jugak ke???

Saya sendiri pun ada membaca dan memiliki sejumlah novel...tapi alhamdulillah...saya masih tak dipengaruhi oleh apa2 yang tak sepatutnya orang yang belum kawen macam saya untuk lakukan...dan jujur saya katakan yang saya lebih suka membaca novel2 yang bercinta selepas kawen...sebab saya lagi best kalau saya baca novel2 yang macam ni...ia memberi banyak pengajaran untuk saya...dan membuatkan saya menjadi seorang yang menerima kawen tanpa bercinta terlebih dahulu....dan saya pasti ibu saya lebih menerima jika saya novel2 yang bercinta selepas kawen ni...dia kata lebih baik berbanding membaca novel yang bercinta saja dari mula hingga habis...mungkin dia tak nak galakkan saya untuk bercinta dengan cara yang haram...tambahan pula bila saya baca novel2 cinta tapi belum kawen....rasa macam tak sweet ja...tapi saya ok je...tak ada la nak berfantasi yang bukan-bukan ataupun teringin atau pun terniat nak lakukan perkara yang tak patut saya lakukan sebelum tiba masanya...jadi,jangan la nak jadikan isu...sebab kalau tanpa novel2 yang macam ni pun dah banyak kes2 yang macam ni...lain la kalau ni baru kes yang pertama terjadi kat malaysia ni...memang patut di tapis setapis tapisnya la kan...Semua ni atas orang tu jugak la...orang lain ok je bila baca novel2 yang 18 tahun ke atas ni...mungkin pembaca ni dia suka praktiskan yang dia baca kot....kalau yang dah kawen ikut suka la kan nak praktis pun...dah tak jadi dosa...malah dapat pahala lagi...kalau yang masih bujang ni...ada pengisian yang baik yang boleh dipraktiskan...contohnya,kebanyakkan novel2 sekarang memntingkan hal2 agama macam solat....malah siap boleh dapat pengetahuan lagi berkenaan solat2 sunat yang dilakukan oleh watak2 dalam novel tu...ada jugak berkenaan puasa,adab2 yang jarang2 kita buat...pendek kata memang banyak lagi la kebaikkannya...tapi kenapa yang tak elok tu jugak nak kena ikut...lepas tu bila dah jadi benda2 yang tak elok...nak salahkan isipati dalam novel yang dibaca pulak...

Kalau tak salah saya...setiap novel sebelum dipasarkan akan di tapis dan di'edit' terlebih dahulu sebelum masuk pasaran...jadi agak mustahil untuk ada scenes yang keterlaluan dalam sesebuah novel tu...jadi memang tak patut menjadi isu pun la kan???

Lagi pun kesian la kat penulis-penulis novel...diorang perah otak,tenaga dan masa untuk menjadikan senaskah novel...sebab seorang,hasil tangan diorang dipertikaikan...dipertimbangkan dan diadili...diorang pun konfem dah tahu apa yang patut dan tak diorang isikan dalam novel diorang tu...Jadi untuk penulis2 sekalian...teruskanlah menulis walau apa pun genrenya...jangan jadikan hanya satu tajuk...melemahkan semangat untuk terus menulis...tulis la apa yang selesa untuk hasilkan...baik atau buruk sesebuah novel tu masing-masing individu punya pandangan dan fikiran...kalau berfikir ke arah positif...positif la jadinya...tapi kalau negatif je yang wujud dalam mind tu...negatif la jadinya...dan jangan jadi perkara yang lain untuk menjadi punca sesuatu perkara yang tak elok tu berlaku,ok....