Sunday, January 27, 2013

Berdosanya Sebagai Anak....!!!

Bukan niat dihati untuk melukakan,mengguris ataupun membuat insan yang berharga dalam hidup setiap orang yang bergelar anak untuk menitiskan airmata insan penting ini...juga tidak disedari pun yang segala tingkah laku seorang anak selama ini membuatkan hati ibu terasa...tapi mungkin disebabkan faktor umur yang masih muda dan sifat nakal dan sedikit kedegilan yang masih meraja didalam diri,menjadikan kami sebagai anak-anak telah melukakan,mengguris dan segala rasa yang tidak elok wujud dalam diri si ibu...Pernah si ibu bertanya adakah kami sebagai anaknya menyayangi dan mengasihani di selaku ibu...?apa agaknya rasa bila seorang ibu yang banyak berkorban untuk anak-anaknya tanya soalan macam tu...?bila orang asing yang tanya..."sayang mak x...?",dan tanpa berfikir panjang mestilah kita akan jawab..."mestilah sayangggg...!"Betoiii ke...???adakah masa kita jawab soalan tu berdasarkan rasa hati ataupun spontan tanpa ada apa-apa rasa...???tapi bila mak kita sendiri yang tanya soalan tu kat anak-anak dia...semuanya diam seribu bahasa,kelu lidah untuk menjawab soalan yang simple macam tu...pasai apa bila dengan orang lain kita mampu menjawab dengan sesaat...tapi bila orang yang kita kata sayang tu sendiri yang bertanya...kita tak mampu nak menjawab...malu ke...?ataupun memang tak wujud pun 'rasa' tu dalam hati seorang anak???Adakah itu yang sedang berlaku dalam diri anak-anak mak tersebut...???Tapi pasai apa setelah apa yang si ibu korbankan untuk membesarkan anak-anak yang datang dari rahim dan darah daging dia sendiri...seolah-olah 'rasa' tu sangat sedkit dan seakan-akan semakin berkurang...seperti anak-anak tak mampu untuk merasi segala pengorbanan si ibu...
Adakah disebabkan kurangya didikan agama...?ataupun kekurangan perhatian ataupun terlebih kemanjaan???Mungkin faktor agama yang utama...walaupun si ibu bersolat dan mengaji...tapi seorang ayah sebagai ketua keluarga tidak pernah ataupun jarang-jarang bersujud pada Sang Pencipta...mungkin ini akan menyebabkan mengapa anak-anak seolah-olah telah lupus atau berkurang 'rasa' yang positif didalam diri anak-anak...bayangkanlah jika anak-anak yang masih bersekolah pun si ibu dah bertanyakan soalan sebegini...bagaimana nasib si ibu nanti bila semua anak-anak dah besar dan mampu berdikari....adakah anak-anak ini akan menoleh ke belakang untuk melihat macam mana keadaan si ibu dan ayah...ataupun hanya akan terus ke depan tanpa mempedulikan nasib kedua-duanya...Hancur lebur hati si ibu dan ayah sudah pasti untuk anak seperti tu...Masyallah...minta la masih wujud dan akan sentiasa wujud serta akan makin berkembang mekar dan harum 'rasa' tu dalam hati dan jiwa seorang anak untuk mak dia...
Si ibu merintih disebabkan perangai anak-anak yang banyak menyusahan dan membebankan dia selama ni...Bukan tidak menerima qada' Tuhan...tapi sikap dan kelakuan si anak yang berat tulang untuk membantu,tidak mengambil berat dengan keadaan si ibu dan tidak mempedulikan apa yang ibu ni rasa...mungkin inilah si ibu meratapi kerana mempunyai anak-anak sebegini...Dan cuba bayangkan kita sebagi seorang anak apa yang akan kita rasa kalau mak kita merintih macam ni...???untuk aku sendiri pun,aku dah rasa betapa tak bergunanya aku sebagai seorang anak...sehinggakan mak aku mengeluarkan ayat sebegini..."aku reda kalau Tuhan ambik aku semula...aku dah tak larat nak menyimpan rasa untuk anak-anak yang tak pernah nak kesian kan dan sayangkan aku..."Ya Allah...Takkk...seriously aku cakap...aku memang sayangkan mak aku...walaupun aku jarang menunjukkan kat mak...setiap bulan sebelum tidor aku akan menangis sebab mak aku...apa akan jadi kalau tanpa mak disisiku...bukan aku membayangkan mak aku meninggal...cuma aku takut kalau mak meninggalkan aku...aku cuma mampu berdoa supaya mak aku sentiasa dipanjangkan umur,dimurahkan rezki mak,dirahmati,dilindungi dan segala kebaikkan untuk mak aku...Walau apa pun yang mak aku rasa untuk anak-anak dia ni...aku mohon supaya kami diberikan peluang untuk mengubah sikap dan perangai kami yang banyak membebankan mak...dimohon juga untuk mak tak jemu dan berterusan untuk mendoakan segala kebaikkan untuk kami anak-anak dia dan mampu menjadi anak-anak yang menyejukkan perut dan hati mak...kerana doa dan kata-kata seorang ibu adalah yang terbaik dalam kehidupan seorang anak...

"Ya Allah...Engkau yang melihatnya(mengetahui keadaan ibuku)...jika Engkau melihat ibuku dalam kedaan berdosa...maka Engkau ampunlah dosa-dosanya...jika Engkau melihatnya dalam keadaan bersedih...maka gembirakanlah hatinya...jika Engkau melihatnya dalam keadaan gembira maka sempurnakanlah kegembiraannya...jika dia sakit,maka sembuhkanlah dia dari penyakit...jika dia gelisah bimbang,maka jauhkanlah kegelisahan dan kebimbangan dan jika dia letih,maka sampaikanlah kepadanya tentang berita gembira berkenaan ganjaran besar yang akan diperolehinya nanti...Aminnn Ya Rabbal'alamin...."

Friday, January 25, 2013

SEHARI LAGI....DAN LAGI!!!!

Hari ni sehari lagi aku berlalu...dah hampir sebulan aku menanti....yang penting jugak la untuk aku n family aku...tapi sampai sekarang aku punaku tak dapat lagi apa-apa news...owhhh....sedihnya...kadang-kadang aku rasa nak redha je dengan apa-apa keputusan yang akan aku terima...tapi bila teringatkan tentang harapan mak yang selalu ja ada untuk aku(semua mak pun macam tu jugak kan...?)Kadang-kadang bila aku terlalu mengharap...pada satu saat aku akan tersedar yang tak semua yang kita ingin dan impikan akan menjadi satu KENYATAAN YANG MANIS...manis yang kita harapkan...pahit dan kesakitan yang datang...aku pernah terbaca dalam satu artikel ni yang ada menyatakan tentang anugerah Allah kepada hamba-NYA...menurut artikel tu,Tuhan tak akan memberikan sesuatu perkara kepada hamba-Nya melainkan hanya untuk kebaikkan hamba tersebut...malah,jika kita dapat sesuatu yang tidak kita impikan...maka DIA telah tetapkan itulah yang terbaik untuk kita...dan jika tidak mendapat apa yang kita inginkan...ingatlah bahawa DIA telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita daripada apa yang kita harapkan...dengan itu kita akan lebih tenang untuk menerima apa jua ketentuan yang dah ditetapkan untuk kita...terima lah semua sebagai qada' dan qadar yang telah ditulis dalam takdir kita...berbekal kata-kata tu lah sedikit sebanyak aku akan menerima apa jua yang telah tertulis untuk aku...
Hmmm...dalam menantikan...aku juga ternanti-nanti seseorang yang lama dah aku tak jumpa...setiap hari aku teringatkan dia...1@2 hari yang lepas aku dapat berita yang dia akan datang ke tempat aku...tapi tak datang seperti yang diperkatakan...kedatangan dia bertujuan...jadi dia pasti akan datang jugak...samada ada dalam minggu ni la...seriously aku cakap...bila dapat tahu ja yang dia nak datang...hati aku yang sebelum ni kgersangan sebab asyik teringat dan rindukan dia...tiba-tiba dah nak berputik bunga...bestnya....walaupun dia datang bukan sebab nak jumpa aku...tapi...aku hepi sangat...dengar nama dia pun aku dah mampu tersenyum... apa jua yang ada kena mengena dengan dia pasti aku usha...macam keta dia...aku mampu ingat nombor plat keta kancil dia...dan setiap kali aku terjumpa dijalan aku akan tengok dahulu nombor plat dia sama ataupun tidak...setiap kancil biru laut yang aku nampak...aku akan tersengih ja...seolah-olah aku nampak dia didalam keta tu...aku tak tau kenapa aku boleh jadi macam ni sebab dia...kalau boleh satu hari nanti akan ada orang yang akan bagi jawapan untuk aku...bagi orang lain...dia tak sehensem mana pun....perangai pun terkoyak...tapi aku suka dia...ada something yang aku nampak pada dia yang membuatkan aku selalu teringat kat dia...mungkin sebab dia seorang yang...apa erkkk...hmmm...aku tak tahu la...tapi perasaan suka ni memang aku tak mampu nak kikis...Kalaulah aku berperasaan macam ni pada jodoh yang telah ditentukan untukku di Lohmahfuz lagi...alangkah indahnya kan?perasaan yang dikurniakan kepada setiap hamba-NYA...Mudah-mudahan aku termasuk didalam golongan orang yang mendapat anugerah indah ini daripada Tuhanku...


 


"SEMOGA ENGKAUKAN MENGERTI...TENTANG PERASAAN INI...MAAF KU TELAH TERBUAI...AKAN INDAHNYA CINTA...."