Friday, February 1, 2013

2 Februari 2013...

Hari ni la tu...hehehe...sebenarnya btak ada apa pun yang aku nak update kat blog aku harini...cuma nak isikan masa yang terlebih lapang aku nie jaaaa..dah tak tau nak buat apa...novel pun aku baru je habis baca semalam..jap g ingat nak kuar cari yang baru la...ok...stopp...melalut sungguh aku ni...
Esok aku dah mula keja balik...walaupun bos masih lagi dalam mood bercuti@Medan,Indonesia dengan family dia...tapi bila teringatkan klient yang tak faham istilah cuti buat aku rasa nak minta cuti tambahan ja...Boleh tak boss??
Sunyi ja kawasan perumahan elit ni kan???kalau jadi apa-apa musibah agak-agak akan ada tak orang yang akan perasan@tahu...???tenang memang tenang...tapi takkan lah nak tenang je  kan tanpa ada keriuhan dalam hidup...kalau aku hanya mahukan ketenangan bila aku ada problem ataupun perlukan aku guna akal fikiran aku dengan lebih pesat...suasana yang tenang la yang akan aku cari...kalau kat rumah aku,dalam bilik aku yang paling aku rasa tenang...nak p kat tempat yang cantik2 yang macam orang-orang kaya selalu buat tu(ke overseas la kan)aku  tak mampu...nak ke tempat yang dalam Malaysia ni pun kena fikir 18 kali kalau teringin nak p pun...jadi terpaksa  la aku buat suasana dalam bilik aku tu rasa tenang...

Ooo...Macam Tu Ke...?!!!

Assalamualaikum pembaca blog semua....berdasarkan tajuk yang kat atas tu sebenarnya dikeluarkan oleh aku beberapa jam yang lepas...selepas resepi kari ayam aku yang tak berapa nak menjadi pada mulanya....hehehe...tapi alhamdulillah sempat diselamatkan oleh my grandma...katanya resepi dia tak ada sapa yang boleh buat ikut suka...bukanlah aku sengaja nak buat macam tu...tapi disebabkan sebelum ni aku dah buat cara yang sama (kat tempat,masa,dan orang yang lain daripada hari ni)jadi aku huatkanlah semula cara yang sama yang pernah aku buat.Tanpa memikirkan yang kemungkinan yang aku akan buat salah...dengan selamba badak sumbunya aku meneruskanlah niat suci murni aku tu...lagi pula bila lagi la nak tunjuk skill masakan aku kat tok kesayangan aku ni...Iyalah,aku ni jarang-jarang boleh datang kat rumah pakngah aku ni...kena tunggu diorang tak ada baru aku boleh datang tanpa rasa segan+kekok+malu=dan seangkatan dengan dia la...langkah pertama aku masak ok lagi....lepas salut ayam dengan serbuk kari+bawang mesin+kerisik dan mula nak menumis...still dapat diterima...lepas je masuk ayam and aku tambah air...OUT terus...my tok dengan muka yang macam tak berapa nak jadi dia terus di mandremnya aku cucu kesayangannya ni dengan ayat-ayat yang boleh membersihkan keadaan dalam telinga aku ni...Huhhh...sekali kena bebel maut tok Sham laaaa...kata my tok...lepas masuk ayam kena biarkan ayam tu pecah minyak dulu sebelum masuk air....kalau tak....kalau tak...kalau tak apa arhhh tok kata tadi...???terlupa pulak aku...punya terkejut kerana jeritan tok yang macam jumpa alien kat planet zurith....tak apa nanti aku tanya lain apa sebabnya kena tunggu sampai pecah minyak dulu...Lepas tu aku kena sejat balik ayam-ayam tu dan biarkan kuah yang aku masuk tadi sampai kering before masukkan balik ayam-ayam kesayangan aku tu...adoiii malu gak la bila kena sound ngan tok macam tu...apa taknya dah la ada kawan-kawan adik aku yang datang dari semalam dan tido kat sini...rasa macam nak sembunyi muka dalam seluar ja kalau boleh...sampai tak sanggup aku nak tengok reaction lepa masa tu...dibuatnya aku nampak lepa gelakkan aku  macam mana???ataupun di sok sek belakang aku...tak ke masuk longkang aku...Huhhh....Hampir sejam berperang dengan "bala tetntera" dari daerah dapur....akhirnya kejayaan juga dalam genggaman aku...HAHAHAH...sempat aku siapkan kari ayam yang hampair tak jadi tu dengan sedikit sayur  campur,ikan siakap goreng,sambal belacan and sup ketam...dan hanya tunggu masa untuk lunch...kalau ada yang baca ni jangan pulak ingat yang aku tak pernah masak sebelum ni...cuma selalunya kalau aku yang masak,tak ada sapa-sapa pun kat dapur...hanya aku dan "bala-bal tentera dapur ja...tapi bila dah ada yang orang yang sebenarnya kat tepi dan asyik tengok aku masak...itu yang jadi macam tu...jadi tak boleh nak fokus bila ada orang yang nak beramah mesra dengan aku kat dapur...sampai lupa step-step yang sepatutnya bila masak...Apa arhhh...buat malu jeee...mujur cuma budak-budak jaaa yang nampak dan dengar...kalau dibuatnya bakal suami@bakal mentua macam mana...terus kena reject la jawabnya...kan malang nasib badan kalau jadi macam tu...:)