Monday, August 24, 2015

Mimpi semalam

Malam semalam aku mimpi F...dalam mimpi tu aku jumpa F kat kedai di kampung aku.Dia nampak segak sangat dengan pakaian uniform polis dia.Dia dengan sorang kawan polis dia....sapa???aku tak kenal.Dalam mimpi tu,dia bersiap untuk gerak ke mana aku tak pasti...lepas dia siap2 semua...dia datang kat aku.Aku sempat tanya dia apa dia buat kat kampung aku.Dia jawab,tapi aku tak jelas apa yang dia cakap.Lepas tu kami 2 diam.Lepas tu dia cakap yang dia dah kena gerak p.Dia pusing datang dekat dengan aku...dan hulurkan tangan untuk bersalam.Dan aku pun tak fikir apa dah...terus ja sambut salam dia.Dia senyum tapi tangan dia menarik lembut tangan aku...lepas tu dia naik moto dan p.Rasa kurang sikit rindu aku dekat dia bila dia muncul dalam mimpi aku...F,miss you....

Monday, August 17, 2015

Banyaknya Tanda Soal????

Dia buat apa ekk sekrang?dia sihat tak?apa yang dia rasa sekarang ni?ada tak sekali dia ingat kat aku macam yang aku ingat kat dia?dia nak kawan lagi tak dengan aku bila dia dah abeh training nanti?...

Semua tu ada dalam fikiran aku tiap hari...dan aku nekad dah nak lupakan dan hapuskan terus dia dari ingatan aku.Sebab aku rasa tak layak nak kawan dengan dia.Hidup dia lengkap...berbanding dengan kehidupan aku.Aku rasa aku tak layak pun nak cakap2 dengan dia...rasa menyesal pun ada kenal dengan dia.Serius aku cakap...dia la lelaki pertama yang take care pasai aku.Family aku sendiri pun x pernah macam tu...adik aku sendiri punnnn.

Saturday, August 15, 2015

Huaaarghhhh....

Penat menanti dan mencari...rupa rupanya dia dah balik.Patutla dari lepas maghrib tadi x nampak dah...dah chow rupanya.Tak bagitau punnnn...letihnya bila kna menunggu.Kenapa la sampai sekrang aku masih mengharap yang dia tak balik lagi ekkkk...padahal dah beberapa jam dah aku tak nampak dia.Tapi masih gak nak tunggu.
Nampaknya blik dengan hati yang frust la aku.Masa otw nak kluar tu pun rasa macam nampak dia ja...sampaikan aku pusing 2@3 kali depan pintu masuk tu.Redha ja bila Tuhan dah tetapkan aku tak dapat tengok dia malam nii...

Wednesday, August 12, 2015

Kesayangan Kesayangan Hamba

Siapa agaknya kesayangan kesayangan aku ekkkkk...ada beberapa orang yang menjadi kesayangan dalam hidup aku.Pertama,of course la MAK aku...yang paling banyak peratus kesayangan aku kat MAK.Takmau ulas panjang panjang,nanti aku sedih.Kedua ialah adik adik aku...dorang walaupun budak budak lagi,tapi pandai memanjakan aku.Ada dorang jugak buat aku rasa seorang kakak,seorang adik dan juga seorang kawan seumur hidup.Ketiga buat masa sekarang adalah seseorang yang bernama Yuhana aka Kak Ayu aku....5tahun aku dengan dia aku rasa apa itu persahabatan,persaudaraan...dia menceriakan aku...mengubah sedikit sebanyak sifat dalam diri aku...mengajar aku hidup di luar dari kelompok keluarga.Dan dia juga orang luar pertama yang aku rapat...seorang kakak yang baik,yang ada bila aku susah@ senang...tak berkira dengan aku...menerima aku yang banyak kekurangan dan kelemahan niiii...dia juga orang yang boleh aku luahkan rasa sedih ataupun apa yang tak dapat aku luahkan pada mak aku...aku boleh luahkan pada dia.

Mungkin pada orang lain,mak lah tempat dorang meluahkan segala rasa yang terbuku...tapi pada aku,aku takkan share something yang tak happy kat mak aku...walaupun pada akhirnya naluri seorang mak tau jugak...sekurang kurang bukan dari mulut aku sendiri.

Tuesday, August 11, 2015

Usaha,Chaiyok,Aja Aja Fightinggg..

Dari zaman Rasulullah s.a.w lagi perniagaan   menjadi penjana pendapatan yang palling masyukkkkk...malah Nabi s.a.w sendiri berniaga untuk mencari rezeki di masa tu.Isteri baginda,iaitu Siti Khadijah juga seorang saudagar yang amat disegani di ketika itu.Dan aktiviti berniaga ni dah jadi macam perkara@pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap orang.Tak kira la tua,muda,miskin,kaya,lelaki,perempuan mahupun apa bangsa sekali pun.Travel la ke pelusuk dunia mana sekalipun...bersepah sepah peniaga yang berniaga barang dagangan dorang.Sebab berniaga dapat menjana pendapatan yang express dan mudah...tambah tambah lagi di zaman yang serba serbi IT berkuasa skrang ni...lagi banyak la peluang untuk menjalankan perniagaan...lagi mudah untuk orang beli.Hanya perlukan gajet,data n hjung jari ja bleh beli barang yang dimahukan.Tapi kena la faham satu benda...sebaik mana pun produk@perkhidmatan@kemudahan tu....pasti ada keburukkan yang terselit.

Dan sekarang aku juga dah belajar untuk menjalankan salah satu punca pendapatan yang 1 dunia ni buat...iaitu bidang perniagaan.Hihihihi...panjangkan mukadimah aku kat atas tu...padahal point yang aku nak sampaikan kat sini aku nak bagitau yang aku dah mula berbisnes alkisahnya...poyo ja kan...orang len dah untung berjuta juta aku baru nak mula.Aku buat bisnes dalam bidang pemakanan.Aku jual wantan kulit popia yang ada inti ayam,sosej,sotong dan jugak udang...Jual pun kat tepi tepi jalan ja.Tumpang payung dan meja niaga mak aku.Tq mak sebab memahami anakmu yang baru nak mula berniaga niiii...muahhhhh.

Setakat 3 hari aku berniaga ni alhamdulillah...ada rezeki aku kat situ,walaupun x banyak mana.Insyallah,harap harap lama kelamaan hasil perniagaan aku akan meningkat.Janji aku usaha dan tak putus asa lagi...sebabnya aku seorang yang cepat putus asa.Asal ada orang yang cakal negatif sikit kat aku...aku akan mula rasa down...n terus tak nak buat dahhh apa yang aku sedang buat tu.Dan mungkin jugak aku kurang kesabaran dan terlalu mengharapkan semua akan jadi baik...tanpa sebarang masalah.Tapi inikan dunia...mustahil boleh lari dari masalah..setiap orang punya masalah.Yang akan membezakan setiap orang tu adalah macam mana dorang settlekan masalah dorang tu....negatif@positif...ikut kewarasan memasing la kannn...

Okeyyyy...dah penat dah hujung jari ni nak menaip...jadi nak masukkan jugak la hasil kerja aku malam ni untuk dijual esok...

Rindu Sama Dia...

Dah hampir sebulan yang lepas aku tekad tak mau ingat dah pasal dia...tapi ada ja waktu dalam tempoh 24 jam sehari aku ingat dia.Kadang kadang kejap ja,kadang kadang lama jugak.Kadang kadang sedih,kadang kadang happy dengan kenangan dia.Dah banyak kali hati aku pesan kat akal dan fikiran...jangan ingat apa pun pasal dia.Tapi degil...ingat jugak.Lepas tu yang nak susah sapa...hati,jiwa dan raga jugak.Aku nak jadi yang macam dulu balik,yang tak hirau dengan kaum macam dia...yang takkan terganggu dia ada ataupun tak dak.Nak yang macam tu...lebih tenang.Jiwa raga pun tak merana merindu dan mengingati orang yang aku tak pernah wujud pun dalam hidup dia.Sekadar menjadi habuk ja untuk dia...

Monday, August 10, 2015

Aku,dia dan dia lagi...

Mph Cmart ni ada 3 orang staff yang amt berbeza dari segi bentuk fizikal,perangai dan perwatakkan kami...aku(yang palinh pendek & cute...huhuhuhu),maizan(tinggi sikit daripada aku & sweet tapi ganas...hihihihihi),and the last one is our Master of  Statistic...Aina(yang paling tinggi diantara yang pendek-pendek ni la kan & optimistic person...hehehehe).Walaupun MPH ni sendiri dah ada group,tapi kami dengan nekadnya menghasilkan the other one whatsap group(just 3 of us...)group untuk kami kutuk mengutuk,keji mengeji dan tak kurang puji memuji jugakkk...tak semua negatif okeyyyy....

Beza usia antara kami hanyalah 1tahun ja...dan aku di tengah antara "kakak dan adik"....bangga jap...hehehehe...anatar kami bertiga jugak,aku la yang paling slow.Tapi dorang okey kot kawan dengan aku yang terlalu beza dengan dorang dari segi akademik...memang tak boleh challenge la dorang ni...masing masing ada degree.Course yang awesome plak tu,walaupun masih muda belia remaja lagi...syok kawn dengan dorang,selalu ada pandangan ke.hadapan untuk future masing masing.Sampai aku pun belajar to plan better future for my life...banyak jugak kesedaran betapa pentingnya study bila berkawan dengan dorang ni...

Alhamdulillah sesangat...sebabnya,walau kat mana pun aku kerja...aku dapat kawan kawan yang give inspire to me...bantu aku lebih mengenali dunia luar selain dikelompok darah daging sendiri.Kawan kawn aku semua okey,cuma aku ja yang selalu sangat terlalu teruja dengam dorang semua.Sampai hampir setiap hari,masa aku dengan dorang.Hanya beberapa jam ja aku spent time dengan family ku sendiri.Aku cuba control la jugak bad attitude aku ni...try to spent more time with my lovely family...and to my family,thanks a lot sebab dah lama bersabar dengan perangai tak menentu aku ni.Love you all...Muahhhhh...(dont worry,bukan kat sini ja muahhh tu ekkk...reality pun dapat okehhhh...)...Peacessssss...