Tuesday, August 11, 2015

Usaha,Chaiyok,Aja Aja Fightinggg..

Dari zaman Rasulullah s.a.w lagi perniagaan   menjadi penjana pendapatan yang palling masyukkkkk...malah Nabi s.a.w sendiri berniaga untuk mencari rezeki di masa tu.Isteri baginda,iaitu Siti Khadijah juga seorang saudagar yang amat disegani di ketika itu.Dan aktiviti berniaga ni dah jadi macam perkara@pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap orang.Tak kira la tua,muda,miskin,kaya,lelaki,perempuan mahupun apa bangsa sekali pun.Travel la ke pelusuk dunia mana sekalipun...bersepah sepah peniaga yang berniaga barang dagangan dorang.Sebab berniaga dapat menjana pendapatan yang express dan mudah...tambah tambah lagi di zaman yang serba serbi IT berkuasa skrang ni...lagi banyak la peluang untuk menjalankan perniagaan...lagi mudah untuk orang beli.Hanya perlukan gajet,data n hjung jari ja bleh beli barang yang dimahukan.Tapi kena la faham satu benda...sebaik mana pun produk@perkhidmatan@kemudahan tu....pasti ada keburukkan yang terselit.

Dan sekarang aku juga dah belajar untuk menjalankan salah satu punca pendapatan yang 1 dunia ni buat...iaitu bidang perniagaan.Hihihihi...panjangkan mukadimah aku kat atas tu...padahal point yang aku nak sampaikan kat sini aku nak bagitau yang aku dah mula berbisnes alkisahnya...poyo ja kan...orang len dah untung berjuta juta aku baru nak mula.Aku buat bisnes dalam bidang pemakanan.Aku jual wantan kulit popia yang ada inti ayam,sosej,sotong dan jugak udang...Jual pun kat tepi tepi jalan ja.Tumpang payung dan meja niaga mak aku.Tq mak sebab memahami anakmu yang baru nak mula berniaga niiii...muahhhhh.

Setakat 3 hari aku berniaga ni alhamdulillah...ada rezeki aku kat situ,walaupun x banyak mana.Insyallah,harap harap lama kelamaan hasil perniagaan aku akan meningkat.Janji aku usaha dan tak putus asa lagi...sebabnya aku seorang yang cepat putus asa.Asal ada orang yang cakal negatif sikit kat aku...aku akan mula rasa down...n terus tak nak buat dahhh apa yang aku sedang buat tu.Dan mungkin jugak aku kurang kesabaran dan terlalu mengharapkan semua akan jadi baik...tanpa sebarang masalah.Tapi inikan dunia...mustahil boleh lari dari masalah..setiap orang punya masalah.Yang akan membezakan setiap orang tu adalah macam mana dorang settlekan masalah dorang tu....negatif@positif...ikut kewarasan memasing la kannn...

Okeyyyy...dah penat dah hujung jari ni nak menaip...jadi nak masukkan jugak la hasil kerja aku malam ni untuk dijual esok...

No comments:

Post a Comment