Saturday, August 8, 2015

#Sakitnya Disini...#Hatiku!!!!

Assalamualaikum bloggers... Dah lama aku tak disini sejak tahun akhir aku menulis disini setahun yang lepas.Bukan tak ada yang nak dicoretkan dalam kehidupan...tapi cuma tak berkesempatan untuk meloretkan catatan di blog ni...dah berhabuk dahhh...fuhhhhh....huhhhhh...sebenarnya,sepanjang setahun aku menjalani kehidupan aku...banyak benda sedih yang berlaku berbanding yang menyenangkan hati...wujudnya Farishazmi yang membawa makna dalam hidup aku...kenangan dia yang ada dengan aku,sikap ambil berat dia tehadap aku walaupun aku buat sombong dengan dia masa di pejabat makngah..tapi dia tetap luangkan masa layan perangai gila aku...tqvm Faris..aku harap aku akan dapat lelaki yang macam Faris...yang take care,yang mendengar...doakan aku Faris...dapat jumpa orang macam Faris.. Dalam setahun yang menyepi ni jugak aku dah pun berhenti dari kerja lama aku di RMC..sebuah tempat yang seribu kenangan buat aku...rasa macam tak percaya aku akan keluar jugak dari situ..dengan cara yang menipu...bukan keinginan aku...tapi demi sesuatu yang lebih baik buat aku dan juga syarikat tu...masih ada yang lebih layak berada disitu berbanding aku...walaupun aku sedih sangat nak melangkah keluaq dari situ.Tinggalkan kawan-kawan yang memberi sejuta erti untuk aku..walaupun hubungan silaturrahim kami tak pernah putus diluar.Sebab aku sayangkan dorang macam aku sayangkan family members aku yang lain.K.Ayu,K.Azra,Wa,Shada,Faris....along sayang korang semua...Terima kasih sebab wujud dan memberi something dalam hidup along.

Berbalik pada tajuk blog aku harini...sebenarnya,aku sedang merasai kecik hati dengan kata-kata adik aku sendiri.Dia seolah-olah menuduh aku yang ambik duit dia,disebabkan hanya aku dan mak ja yang ada dalam bilik sewaktu dia perasan duit dia hilang.Dan menambah lagi kecurigaan dia dengan aku bila aku yang bagitau kat dia yang purse dia ada atas katil kami sedari dia keluar mandi lagi.Tapi dia menafikan.Dia kata dia takkan biarkan purse dia macam tu...sebab dia lebih teliti dengan duit dia.Tapi,sumpah...aku tak tipu,memang aku jumpa purse dia atas katil kami lepas dia bawak keluar untuk bagi balik duit aku.Cara dia cakap memang buat aku terasa sedih sangat...dia menyumpah macam-macam depan aku seolah-olah dia nk takutkan aku.Dan yang paling aku sedih...bila dia kata "apa lagi nak curi lepas ni???jam tangan dia pulak???kalau nak,bagitau siap-siap...dia nak bagi ja terus...tak payah nak curi-curi...".Kebetulannya sebelum ni,memang aku ada pakai jam tangan dia yang dulu.Tapi aku pakai sebab dia tertinggal kat rumah.Bila dia balik dari KL dan nampak aku yang pakai jam tu...dia tuduh aku jugak...tapi dia bagi terus kat aku.Hmmmm...dan semalam dia bila dia sebut pasai jam,aku sentap dengan kata-kata dia.Bisanya rasa sampai ke dalam hati aku yang paling dalam.Kalau orang luaq aku tak kisah lagi,lantaklahh...tapi bila orang yang sedarah sedaging dengan aku yang cakap macam tu...aku rasa sakit sangat!!!!

Sampai aku nekad dah taknak guna dah barang-barang dia...rasa serik.Terluka.Adik perempuan satu-satunya yang aku ada dalam hidup aku.Takkan ada yang lain dah.Takkan...Sampai bila-bila pun.

No comments:

Post a Comment